Jul 21 2008
Welcome To My Blog
Dengan nama Allah, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya.”
-Riwayat Tirmizi-
“Akhlak Mulia Insan Berjaya”
-Seri Insan-
Demi Allah Yang Maha Esa,
Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cinta-Mu
Menitis air mata, tatkala merindu,
Menitis air mata, tatkala merasa semakin menjauh,
Tetapi janji Allah tetap segar dan mekar,
Tanpa pengkhianatan,
Kerana ku tetap yakini…
Allah menyatakan
”Wajiblah cinta-KU kepada orang-orang yang berkasih-sayang kepada-KU”
Wahai Semua Insan yang berjiwa besar,
Penuhilah dunia ini dengan limpah kasih sayangmu,
Khususkan buat saudara-saudaramu itu dengan kehangatan cintamu yang maha tinggi dan biarkanlah
Mereka tahu bahawa
Anda mencintai mereka..
Yang demikian itulah Al-Aksar (batu geliga) untuk mengubati
Seribu satu kesulitan dan kesusahan.
Sesungguhnya banyak kesulitan dalam dunia ini
Timbul
Dari perasaan yang telah padam dan
Berlakulah penyelewengan
Perasaan itu…
-As-Syahid Hasan al-Banna-
~MOHD RIDHUAN FIKRI BIN ABDULLAH@PHILIP@ ODEY JERRY~

